Sunday, July 26, 2009

Kertas Cadangan : Sistem Maklumat Pengurusan Pemasaran Produk Koko



Pengenalan

Sistem Maklumat Pengurusan Pemasaran Produk Koko adalah sistem yang dibangunkan untuk mambantu pihak pengurusan khasnya pengurus dan penyelia untuk memasarkan produk koko secara atas talian. Selain itu, tujuan sistem ini dibangunkan adalah bagi memudahkan para pengguna khususnya penggemar produk koko mendapatkan produk ini dengan cara yg lebih pantas.

Sebelum ini pengguna perlu pergi ke kedai yang menjual produk berasaskan koko bagi mendapatkan produk tersebut. Dengan ini ia melibatkan penggunaan kos, masa dan tenaga yang banyak untuk mendapatkan sesuatu produk koko. Ini telah membuktikan bahawa cara manual ini banyak membebankan pengguna dalam mendapatkan produk berasaskan koko. Bagi pihak pengurusan pula sebelum ini mereka memasarkan produk koko dengan bantuan daripada para pengedar di stokis yang berkenaan. Dengan ini proses pemasaran produk mengambil masa yang agak panjang.

Oleh itu, dengan wujudkan Sistem Maklumat Pengurusan Pemasaran Produk Koko maka akan dapat membantu mengurangkan beban para pengguna dalam mendapatkan produk berasaskan koko. Selain itu, ia juga dapat membantu pihak pengurusan memasarkan produk koko dengan lebih cepat dan menyeluruh.


Objektif

Membangunkan sistem maklumat pengurusan pemasaran produk koko.


Penyataan Masalah
i. Sebelum ini, produk koko hanya dipasarkan secara terus dari kilang dan ini mengakibatkan pemasaran produk koko adalah terhad.
ii. Selain itu, ia melibatkan penggunaan kos dari segi masa dan tenaga yang tinggi kepada para penggemar koko bagi mendapatkan maklumat mengenai produk koko.


Skop Projek
Terdapat dua skop yang terlibat dalam sistem maklumat pengurusan ini. Antaranya ialah skop sistem dan skop pengguna.

i. Skop pengguna
a. Pengguna - Sistem ini bertindak sebagai medium untuk membolehkan pengguna mendapatkan produk koko secara atas talian.

b. Pengurus dan Penyelia – Sistem ini membolehkan penyelia atau pengurus mengemaskini maklumat mengenai pemasaran produk koko bagi membolehkan pengguna mengetahui maklumat terbaru mengenai produk koko.

ii. Skop sistem
a. Modul pentadbir
Pentadbir yang bertanggungjawab mengemaskini kandungan laman web ini sama ada menambah, menghapus, serta mengemaskini produk yang dipasarkan dalam laman web ini.

b. Modul Info
Modul ini memaparkan maklumat mengenai produk koko.

c. Modul Jual Beli
Modul ini membolehkan pengguna menjalankan aktiviti pembelian produk koko secara atas talian.


Spesifikasi Projek
i. Antaramuka
Perisian yang digunakan untuk antaramuka sistem adalah Macromedia Dreamweaver 2003.

ii. Pangkalan Data
MySql digunakan untuk membangunkan pangkalan data bagi sistem ini.

iii. Bahasa Pengaturcaraan
Bahasa pengaturcaraan PHP digunakan dalam membangunkan sistem ini.


Kepentingan Projek

i. Untuk memajukan industri negara dalam pertanian koko.

ii. Pihak pengurusan tertinggi dapat menambah pengeluaran secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara.


Keputusan Jangkaan
Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan lagi pengurusan pemasaran produk koko.

1 comment: